By hmetro |

Suami S Pavithra didakwa memiliki senjata berbahaya | Harian Metro

SUAMI kepada Youtuber masakan terkenal S Pavithra didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini, atas dakwaan memiliki senjata berbahaya.

Tertuduh, M Sugu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa memiliki sabit sepanjang 26 inci di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) Ipoh, kira-kira 6 petang, Selasa lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958.

Ia memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.