By hmetro |

4 lagi positif Covid-19 di Kuching | Harian Metro

GAMBAR HIASAN


KUCHING: Sarawak terus mencatatkan kes baharu positif Covid-19 apabila empat lagi dikesan, hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, kesemua kes itu membabitkan kes tempatan di Kuching.

Berikutan empat kes baharu itu, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Sarawak kini meningkat sebanyak 632 kes.

"Tiga daripada kes dilaporkan hari ini adalah hasil saringan pengesanan kontak dalam kalangan kluster aktif manakala satu lagi dikesan selepas kes menjalani saringan kendiri," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes pertama hasil pengesanan kontak kluster yang masih aktif membabitkan seorang wanita tempatan iaitu penjual sayur di Pasar Stutong, Kuching.

Kes kedua pula seorang wanita yang juga pesakit di fasiliti kesihatan berkaitan dengan Kluster Sentosa, manakala kes ketiga pula seorang lelaki mempunyai kontak rapat dengan kes ke-575, iaitu kes indeks Kluster Syarikat Kejuruteraan Kuching.

"Kes keempat hari ini adalah seorang wanita tempatan yangdatang menjalani saringan pada 21 Julai 2020 dan ujian rT-PCR beliau didapati positif hari ini.

"Kes menjalani saringan kendiri di klinik kesihatan kerajaan dan siasatan sedang dijalankan untuk mengenalpasti tujuan sebenar beliau menjalani saringan itu, adakah mempunyai kontak rapat dengan mana-mana kluster atau pesakit yang sudah disahkan positif," katanya.

Lagi berita berkaitan Covid-19